Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Ustaz Kamal Saidin menyatakan demikian bagi menyokong kenyataan pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah bahawa umat Islam tidak boleh menyokong mereka yang bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menentang Islam secara terang-terangan.
“Sudah jelas apa yang dinyatakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya menentang cadangan Pas untuk menubuhkan negara Islam di negara ini dan meminta Pas mengugurkan hasrat itu jika mereka ingin terus bekerjasama dalam pembangkang.
“Apa yang dinyatakan oleh Tok Guru Abdullah adalah berasaskan kepada ayat al-Quran dari surah al-Muntahanah ayat 9 :
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ
عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ
وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ
فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
`Sesungguhnya Allah
hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang
memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan
(ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim.’
Berdasarkan kepada ayat al-Quran
itu jelaslan bahawa umat Islam tidak dibenarkan menyokong mereka yang
menentang Islam,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, pemimpin Pas perlu sedar dengan apa yang dilakukan
sekarang, jangan disebabkan terlalu taksub kepada politik sehingga
mereka sanggup menafikan apa yang dinyatakan di dalam al-Quran.Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud bahawa bekerjasama dengan DAP dibolehkan kerana hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu, Ustaz Kamal menyifatkan bahawa pemimpin Pas sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merelakan politiknya.
“Kita tidak harus jadi dangkal kerana politik, apakah hukum yang berlandaskan al-Quran itu boleh diubah, apa yang dinyatakan itu berdasarkan ayat al-Quran bukannya sesuatu yang direka sendiri, seperti dilakukan oleh segelintir pemimpin yang membuat fatwa hanya untuk kepentingan politik,” katanya.
Ustaz Kamal berkata, hubungan dalam Barisan Nasional dengan mereka bukan Islam adalah berbeza dengan DAP, mereka tidak pernah menolak Islam seperti apa yang dilakukan secara terang-terangan oleh DAP.
“Parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan MIC tidak pernah menolak Islam seperti DAP, sebab itu boleh bekerjasama dengan mereka, malah perkara itu turut dinyatakan oleh al-Quran dalam al-Muntahanah ayat 9 :
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ
يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن
تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ
الْمُقْسِطِينَ
`Allah
tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’
“Ayat berkenaan jelas menunjukkan
kita boleh berbaik dengan orang yang tidak menentang agama kita,
bukannya seperti DAP,” katanya. Beliau berharap pemimpin-pemimpin Pas perlu menerima kenyataan dengan
apa yang dinyatakan dan jangan membuat kenyataan sehingga mengelirukan
umat Islam hanya kerana kepentingan politik sehingga menimbulkan
perpecahan di kalangan umat Islam.
No comments:
Post a Comment