AKTIVITI IKHMAL TERHADAP ANAK TANAH MERAH



PERSATUAN MAHASISWA ANAK TANAH MERAH (PERMATA)
( http://www.facebook.com/permatamalaysia )

Ini adalah page rasmi Permata atau Persatuan Mahasiswa Tanah Merah Kelantan , secara umumnya bertujuan mengumpulkan anak-anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan yang sedang menuntut di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Malaysia, dalam sebuah persatuan yang sah.

 Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh para penuntut, pelbagai kegiatan dan program yang bermanfaat untuk warga Tanah Merah khasnya dapat dirancang dan dilaksanakan bersama.

 Sebarang masalah dari segi pendidikan dan pengajian anak-anak kelahiran Tanah Merah juga dapat disuarakan kepada pihak yang berkenaan secara lebih berkesan melalui persatuan.

Permata meraikan 250 graduan anak Tanah Merah :


TANAH MERAH 10 Feb. - Anak-anak Tanah Merah yang baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta diraikan dalam satu majlis Makan Malam Graduan di sini semalam.

Majlis julung-julung kali dianjurkan Persatuan Mahasiswa Anak Tanah Merah (Permata) itu dihadiri seramai 250 siswazah yang berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma, ijazah, sarjana dan doktor falsafah.
Penaung Permata, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, usaha itu merupakan antara pendekatan digunakan oleh pihaknya untuk berkongsi kegembiraan bersama anak-anak Tanah Merah yang berjaya menamatkan pengajian.

"Ini merupakan kali pertama Permata menganjurkan program sebegini dan difahamkan belum ada lagi mana-mana persatuan berbuat demikian.

"Pihak kami juga berharap agar majlis ini dapat menyuntik semangat kepada anak-anak Tanah Merah untuk maju dalam bidang pelajaran," katanya yang merasikan majlis tersebut.

Hadir sama Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain serta ahli jawatankuasanya.

Sementara itu, Wan Alimin berkata, kejayaan penganjuran program tersebut memberikan semangat kepada pihaknya untuk menjadikan ia acara tahunan.

"Sambutan yang diberikan oleh anak-anak Tanah Merah cukup hebat walaupun kali pertama dianjurkan. Melalui program ini juga, kita dapat mengeratkan hubungan antara persatuan dengan mahasiswa Tanah Merah," katanya.

Sementara itu, seorang siswazah lepasan Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Atirah Zain, 24, berkata, dia bukan sahaja terkejut malah terharu diraikan dalam majlis tersebut.

"Ini merupakan kali pertama saya diraikan dalam majlis sebegini selepas menamatkan pengajian di universiti dan ia belum pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

"Saya cukup bertuah menjadi sebahagian warga Tanah Merah kerana persatuan yang ada cukup cakna terhadap golongan mahasiswa," katanya.


TERIMA KASIH UMNO TANAH MERAH,  MERAIKAN PELAJAR CEMERLANG ADIK-ADIK PARLIMEN TANAH MERAH.:

  

PERMATA CAREER DAY

PERMATA CAREER DAY telah diadakan pada 25 March 2012 bertempat di Dewan UMNO tingkat 3 pejabat UMNO Bahagian Tanah Merah. Alhamdulillah perjalanan program berjalan lancar dan PERMATA dengan bantuan YBhg Dato telah berjaya membawa tiga syarikat besar iaitu GIANT, SCOMI dan OSK investment Bank untuk datang ke Tanah Merah dan menemuduga warga Tanah Merah bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.

Sambutan program ini amat menggalakkan dimana seawal jam 8 pagi lagi, sudah ada warga Tanah Merah dan ahli PERMATA yang telah datang untuk mendaftar. PERMATA telah menyediakan dua buah khemah di perkarangan pejabat UMNO dan MAYBANK untuk memudahkan sesi pendaftaran dan mengambil angka giliran. Pendaftaran yang bermula jam 8 pagi berakhir pada jam 3 petang.

Program temuduga ini bermula dengan majlis perasmian oleh YBhg Dato' Haji Ikmal Hisham dan diteruskan dengan sesi 'briefing' oleh wakil-wakil dari setiap syarikat. Sesi temuduga kemudiannya dimulakan mengikut angka giliran. Temuduga terbuka ini berakhir pada jam 7 malam.


Sesi Pendaftaran warga Tanah Merah & Pendaftaran keahlian PERMATA dan semak keahlian PERMATA


 Perasmian oleh YBhg Dato' Haji Ikmal Hisham


 warga Tanah Merah dan ahli PERMATA tekun mendengar penerangan dari wakil-wakil syarikat


 Berdebar menunggu giliran untuk dipanggil temuduga


 Penyampaian cenderahati daripada YBhg Dato’ kepada wakil syarikat


2 comments:

  1. great !!xsabar utk daftar sbg ahli permata..proud to be anak tanah merahh..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete